Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 52 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

41  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1179.
Dari Anas r.a.: Pernah saya memberi minum kepada banyak orang di tempat Abu Thalhah, dan minuman kerasnya pada hari itu dibuat dari anggur. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh mengumumkan dan memberitahukan bahawa minuman keras itu diharamkan. Abu Thalhah berkata kepada saya: "Keluarlah engkau dan buangkanlah minuman keras itu!" Saya lalu keluar dan membuangkan minuman keras itu, sehingga mengalir di jalan-jalan-jalan Madinah. Ada orang yang berkata: "Celakalah orang-orang yang masih ada minuman keras dalam perut mereka." Di waktu itulah Tuhan menurunkan ayat yang bererti: "Orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidaklah berdosa kerana apa yang telah mereka makan (sebelum larangan). (Al-Maidah, 96).

42  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0325.
Berita dari Anas mengatakan bahawa Zaid bin Tsabit mengabarkan kepadanya, bahawa mereka makan sahur bersama-sama dengan Nabi saw. Sesudah itu mereka solat Subuh. Kata Anas kepada Zaid, "Berapa lama antara keduanya?" Jawab Zaid, "Sekadar lima puluh atau enam puluh ayat."

43  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1572.
Dari Aisyah r.a., katanya: Apabila Rasulullah s.a.w merasa sakit, beliau hembuskan atas diri beliau ayat Ma'awwizat (Qul a'uzu birabbil falaq dan Qul a'uzu birabbin nas) dan beliau sapu badannya dengan tangan beliau. Ketika beliau sakit meninggal, saya hembuskan atas diri beliau Ma'awwizat yang pernah beliau hembuskan itu dan saya sapukan badannya dengan tangan beliau sendiri".

44  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0240.
Dari Barrak bin 'Azib r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat menghadap ke Baitul Muqqadis, enam atau tujuh belas bulan lamanya. Sedang beliau ingin solat menghadap ke Kaabah. Maka turunlah ayat: Sesungguhnya Kami tahu engkau menghadapkan mukamu ke langit berulang-ulang, maka setelah itu Nabi saw. solat menghadap ke Kaabah. Tetapi orang-orang bodoh, antara lain orang-orang Yahudi, berkata, "Apakah sebabnya mereka berpaling dari kiblat mereka semula?" Katakan hai Muhammad! "Kepunyaan Allah Timur dan Barat. DitunjukiNya kepada jalan yang lurus siapa-siapa yang dikehendakiNya. " Seseorang laki-laki solat bersama Nabi saw: waktu terjadinya perubahan kiblat itu. Setelah selesai solat dia pergi. Dia melalui sekelompok orang Ansar sedang solat Asar, masih menghadap ke Baitul Muqqadis. Lalu dikatakannya bahawa tadi dia solat bersama Nabi saw. menghadap ke Kaabah. kerana itu mereka merubah arah kiblat mereka dan menghadap ke Kaabah.

45  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1943.
Dari Barra' r.a. katanya: Setelah Rasulullah saw. sampai di Madinah. beliau solat menghadap ke arah Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Beliau ingin supaya diperintahkan menghadap ke Kaabah. Maka diturunkan oleh Allah ayat: "Sesungguhnya telah Kami lihat tengadah muka engkau ke langit (mendoa). Sebab itu Kami palingkan muka engkau mengadap kiblat yang engkau sukai. Beliau diperintahkan mengadap ke arah Kaabah. Ada seorang laki-laki solat Asar bersama dengan Nabi saw., kemudian itu dia pergi , dan bertemu dengan satu kumpulan kaum Ansar. Lalu dia mengatakan, bahawa dia hadir solat bersama Nabi saw. dan beliau telah diperintahkan menghadap ke arah Kaabah. Lalu orang yang sedang solat itu berputar ketika sedang rukuk dalam solat Asar.

46  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0326.
Berita dari Anas bin Malik mengatakan bahawa Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit keduanya makan sahur bersama-sama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi saw. berdiri hendak pergi solat, maka solatlah beliau. "Aku bertanya kepada Anas," kata Tsabit, "Berapa lamanya antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat?" Jawab Anas, "Kira-kira selama orang membaca lima puluh ayat."

47  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1014.
Dari Jabir r.a., katanya: "Suatu kafilah unta datang ketika kami sedang solat Jumaat beserta Nabi saw. Kerana itu orang banyak berlarian keluar, kecuali dua belas orang. Maka turunlah ayat ini: "Wa idzaa ra-au tijaaratan au Qhwanin fadhdhuu ilaiha watarakuuka qaa" , (Dan apabila mereka melihat suatu perniagaan atau permainan, mereka itu berlarian kepadanya dan mereka tinggalkan engkau sedang berdiri) (Al Jumuah, 62: 11)

48  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0580.
Diceritakan dari 'Aisyah, bahawasanya Rasulullah saw. solat sambil duduk, maka beliau membaca sambil duduk. Apabila bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat beliau berdiri dan meneruskan bacaannya sambil berdiri, kemudian beliau rukuk dan sesudah itu sujud. Pada kedua beliau melakukannya seperti itu juga. Apabila beliau telah selesai solat, beliau melihat kepadaku; jika aku masih bangun beliau bercakap cakap dengan ku, dan apabila aku telah tidur, beliau pun berbaring pula."

49  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1432.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril: "Sudilah kiranya tuan mengunjungi kami lebih banyak dari yang sudah-sudah!" Kata Ibnu Abbas: Maka turunlah ayat yang ertinya: "Dan kami hanya akan turun, dengan perintah Tuhan engkau. KepunyaanNya apa yang di hadapan kami, apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara keduanya, dan bahawa Tuhan engkau itu tiada pelupa."

50  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0704.
Dari Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Ketika Abdullah bin Ubay bin Salul meninggal, Rasulullah saw. diminta orang untuk melakukan solat bagi jenazahnya. Ketika Rasulullah saw. telah berdiri untuk solat itu, saya cepat melompat kepada beliau dan berkata, "Ya, Rasulullah! Kenapa Tuan solat untuk anak si Ubay itu. Padahal setiap hari dia selalu mengatakan begini dan begitu." Lalu saya sebutkan kepadanya semua perkataannya itu. Rasulullah saw. tersenyum dan bersabda, "Hai, Umar! Biarkanlah aku!" Setelah berulang-ulang saya mengatakan, maka beliau bersabda, "Sesungguhnya aku boleh memilih; maka aku telah memilih. Sekiranya aku tahu, kalau aku memohonkan ampunan baginya lebih dari tujuh puluh kali akan menguntungkan kepadanya, tentu itu akan ku lakukan." Kata Umar, "Rasulullah jadi juga melakukan solat untuk jenazah Abdullah bin Ubay itu sampai selesai. Tetapi tidak berapa lama sesudah itu, turun dua ayat surat Baraah: "Wa laa tushalli .'ala ahadin minhum maata abada......" (Dan sekali-kali. janganlah kamu solatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka untuk selama-lamanya, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik). (At Taubah. 9: 84)